PENGISIAN PENDIDIKAN TADIKA KHALIFAH BESTARI:
KURIKULUM DIGUBAL DAN DISESUAIKAN DENGAN STANDARK
KURIKULUM PRASEKOLAH (KPSK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA: Fokus ditekankan
kepada TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN
NILAI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MATLAMAT KSPK
Pendidikan prasekolah bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
OBJEKTIF KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek
jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
i. Membina kecergasan badan.
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas
motor kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan
jati diri.
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang
lain.
x. Boleh bekerja secara bersendirian dan
juga bekerja secara
berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain
dan seterusnya
membentuk perhubungan yang positif dengan orang
dewasa serta
rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian
untuk murid beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia,
bahasa
Inggeris dan bahasa Arab dalam konteks kehidupan harian.
xv. Meneroka persekitaran menggunakan
kemahiran proses
sains asas.
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis,
kreatif dan inovatif
dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix. Menghargai
keindahan alam dan warisan budaya
No comments:
Post a Comment