PENDAHULUAN
Setiap anak dilahirkan berbekalkan potensi membesar dengan sempurna dari segi fizikal ,
kesihatan , kecerdasan akal , akhlak dan imannya . Proses ini berkembang secara
bertahap - tahap . Ia mudah disempurnakan perkembangannya jika setiap tahap
berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar dan sempurna
selaras dengan mutu Fitrahnya. Anak-anak dilahirkan cemerlang dan mempunyai
potensi serta kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh.Pendidikan
informal persekitaran terutama oleh ibu bapa mewarnai pembawaan pembesaran
anak-anak ini. seperti
sabda Nabi SAW yang mafhumnya:
“Sesungguhnya setiap bayi
itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang
mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Allah ta^ala berfirman:
Imam Abu`l-Hasan ^Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam
kitabnya al-Wajiz fi
Tafsiri`l-Qur'ani`l-^Aziz mentafsirkan: "Wahai orang-orang yang
beriman! Berilah peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu
tentang perkara yang boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah
diri kamu dan ahli keluargamu dari perkara dosa".
Oleh itu Tadika Khalifah Bestari menyediakan pola pendidikan pra sekolah selama dua tahun bermula dari umur lima tahun hingga enam tahun supaya cinta kepada Allah , kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami insyaAllah merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang anak didik itu bestari tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia . Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia . Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang yang akan membentuk sistem kehidupan mereka untuk jaminan kebahgian duniawi dan ukhrawi.
VISIOleh itu Tadika Khalifah Bestari menyediakan pola pendidikan pra sekolah selama dua tahun bermula dari umur lima tahun hingga enam tahun supaya cinta kepada Allah , kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami insyaAllah merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang anak didik itu bestari tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia . Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia . Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang yang akan membentuk sistem kehidupan mereka untuk jaminan kebahgian duniawi dan ukhrawi.
Menjadi Tadika Islam contoh di Malaysia menjelang 2020
MISI
Melahirkan murid Tadika yang cemerlang asas dinniyah dan akademik serta berperibadi soleh dan musleh.
MOTO
“Bersama membentuk peribadi muslim”
PIAGAM PELANGGGAN
Kami warga Tadika Khalifah Bestari akan berusaha menyumbang dan memberi perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan kepada kejayaan tadika seiring visi, misi dan cogankatanya.
RUMUSAN
Fokus
Pendidikan di Tadika Khalifah Bestari berpegang kepada kata-kata Imam
Al-Ghazali Rahimahullah yang pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita
adalah permata” dan seiring dengan kata-kata para sahabat :-
Hendaklah kamu mendidik
anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka bukan hidup di
zaman kamu.. Mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari
jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak
akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa
kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih
sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat
yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras
sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang
lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih
bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui
pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan
hasil pembelajaran melalui kebiasaan. Diharapkan
kesinambungan gaya cara pendidikan di Tadika ini, diteruskan oleh penjaga
mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada.
insyaAllah akan cuba kongsi pengalaman selama 22 tahun bersama anak2 tadika..
ReplyDelete