Sunday 30 December 2012

TKB..anekdot 28 Disember ..Hari Orientasi Murid Baru 2013




Orientasi TKB melibatkan semua warga kerja tadika, ibu bapa dan anak-anak yang akan belajar di TKB tahun 2013. Antara objektif majlis orentasi ini ialah:

a) mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran yang baru  di tadika.
b) mengurangkan rasa malu dan takut di kalangan anak-anak yang berbeza latar belakang.
c) mengenali & membina hubungan mesra dengan guru dan rakan sebaya
d)membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika
e) membangkitkan minat belajar, minat membaca, berkarya, bersosialisasi dan berinteraksi



Program orientasi tadika ini sangat bermanfaat kepada ibubapa, pelajar dan juga pihak tadika itu sendiri.

Faedah kepada ibubapa : Ibu bapa akan rasa  gembira, berpeluang  dapat melihat sendiri secara  langsung,  persekitaran tadika tempat anak mereka akan belajar nanti. Mereka juga berkesempatan  berinteraksi dengan cikgu yang akan mengajar anak mereka nanti. Mengetahui rakan-rakan sekelas anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, ibu bapa dapat menjangkakan   perkembangan anak-anak meeka semasa di tadika.

Faedah kepada anak-anak juga  banyak, seperti yang tercatat dalam objektif di atas. Anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan kelas, rakan dan guru-guru lebih awal. Keyakinan lebih tinggi akan tertanam pada hari pertama persekolahan nanti, berbanding dengan mereka yang belum pernah meninjau tempat tersebut.

Faedah kepada pihak tadika pula, tentulah diharapkan perjalanan kelas akan lebih lancar kerana murid dan guru telah berkesempatan beramah-mesra sebelum sesi persekolahan bermula. Apabila perjalanan kelas lebih lancar dan guru boleh `memenangi` para pelajar baru, tentulah tahap keyakinan ibubapa terhadap pihak tadika akan meningkat. Pengurangan tahap kegusaran dan kerisauan ibubapa terhadap anak mereka adalah suatu tanda yang positif kepada pihak tadika. Mungkin ibubapa akan bercerita bagaimana profesionalnya tadika tersebut dalam pengurusan dan pentadbiran mereka, dan ini tentunya satu promosi yang baik, in sya Allah.

Thursday 20 December 2012

INFO - TADIKAku KHALIFAH yang BESTARI




KERJA YANG DIREDHAI DAN DIBEKARTI



Setiap pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji dan memandang hina sesiapa yang malas bekerja serta mengharapkan belas ihsan orang lain. Terutama kepada golongan lelaki perlu bekerja kerana bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa seseorang yang mengambil seberkas kayu api dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak.”
Bekerja wajib dalam perkara yang halal kerana hasil usaha adalah untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga di samping memastikan ia akan memberi keberkatan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pekerjaan yang paling baik ialah pekerjaan seseorang dengan tangannya dan semula jual beli yang mabrur (yang tidak bercampur dengan perkara diharamkan).”
Etika kerja dalam Islam menitikberatkan disiplin serta menepati masa. Setiap pekerja diberi syarat termasuk waktu berkerja dan menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Malangnya, ada sebilangan yang suka curi tulang.
Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:
“Dan katakanlah (wahai Muhamad): beramallah kamu (akan segala) yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan, dan kamu akan dikembali kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian dia menerangkan apa yang kamu kerjakan.”
Pekerjaan yang dilakukan juga tidak menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah seperti mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (daripada menjalankan perintahnya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian mereka itulah orang yang rugi).” (Surah al-Munaafiqun, ayat 9)
Selain itu, Islam melarang keras sebarang penipuan dalam urusan pekerjaan ataupun dalam bentuk muamalat lain terhadap pelanggan. Imam Ahmad meriwayatkan apabila Rasulullah SAW melihat makanan yang dijual sudah rosak, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Jual dan bahagikan setiap bahagian mengikut kualitinya kerana sesiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami.”
Susulan dalil di atas, untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT kita hendaklah melakukan sesuatu kerja itu berasaskan etika yang telah digariskan dalam Islam.  Berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, adalah natijah tidak berakhlak  dan menyampingkan etika kerja berlandaskan ISLAM.
Wahai para pendidik dan Staf TKB..JOM bersama kita bekerja  kerana Allah untuk mendapatkan keberkatan dan redha-NYA. Ayuh kita mengejar destinasi untuk bersama di Syurga Firdausi.

Pengerusi
 Lembaga Pengelola

Wednesday 19 December 2012

STAFF TKB DIINGATKAN AGAR BERAMANAH MENJALANKAN TUGAS




Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), al-Nisa’: 58
Sabda Rasullullah s.a.w. :

Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain Allah.Pekerjaan tidak bercanggah dengan syara’adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang pembantu juga boleh menjadi pembantu yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.
Asas cemerlang dan profesional, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat. 

MARILAH BERSAMA KITA MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DIBERI MANDAT OLEH LEMBAGA PENGARAH KHALIFAH BESTARI SDN BHD.

PENGERUSI 
LEMBAGA PENGELOLA