Orientasi TKB melibatkan semua warga kerja tadika, ibu bapa dan anak-anak yang akan belajar di TKB tahun 2013. Antara objektif majlis orentasi ini ialah:
a) mendedahkan
murid dengan suasana dan persekitaran yang baru di tadika.
b) mengurangkan rasa malu dan takut di kalangan anak-anak yang berbeza latar
belakang.
c) mengenali & membina hubungan mesra dengan guru dan rakan sebaya
d)membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika
e) membangkitkan minat belajar, minat membaca, berkarya, bersosialisasi dan
berinteraksi
Program
orientasi tadika ini sangat bermanfaat kepada ibubapa, pelajar dan juga pihak
tadika itu sendiri.
Faedah
kepada ibubapa : Ibu bapa akan rasa gembira, berpeluang dapat melihat sendiri secara langsung, persekitaran tadika tempat anak mereka akan
belajar nanti. Mereka juga berkesempatan berinteraksi dengan cikgu yang akan mengajar
anak mereka nanti. Mengetahui rakan-rakan sekelas anak-anak mereka.
Sekurang-kurangnya, ibu bapa dapat menjangkakan perkembangan anak-anak meeka semasa di
tadika.
Faedah
kepada anak-anak
juga banyak, seperti yang tercatat dalam objektif
di atas. Anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan kelas, rakan dan guru-guru
lebih awal. Keyakinan lebih tinggi akan tertanam pada hari pertama persekolahan
nanti, berbanding dengan mereka yang belum pernah meninjau tempat tersebut.
Faedah
kepada pihak tadika pula, tentulah diharapkan perjalanan kelas akan
lebih lancar kerana murid dan guru telah berkesempatan beramah-mesra sebelum
sesi persekolahan bermula. Apabila perjalanan kelas lebih lancar dan guru boleh
`memenangi` para pelajar baru, tentulah tahap keyakinan ibubapa terhadap pihak
tadika akan meningkat. Pengurangan tahap kegusaran dan kerisauan ibubapa
terhadap anak mereka adalah suatu tanda yang positif kepada pihak tadika.
Mungkin ibubapa akan bercerita bagaimana profesionalnya tadika tersebut dalam
pengurusan dan pentadbiran mereka, dan ini tentunya satu promosi yang baik, in
sya Allah.
No comments:
Post a Comment