Wednesday 17 October 2012

Friday 5 October 2012

PENUBUHAN TADIKA KHALIFAH BESTARI DAA


P
enubuhan Tadika Khalifah Bestari merupakan salah satu usaha untuk membantu ibu bapa, khususnya yang beragama islam dan bekerja, untuk memenuhi sebahagian tanggung jawab untuk mendidik anak-anak di peringkat umur prasekolah secara berterusan dan sistematik.

A
hli-ahli psikologi pendidikan menegaskan bahawa perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak di peringkat umur prasekolah ini adalah penting. Oleh itu, potensi mereka dalam aspek-aspek tersebut perlu dirangsang dan dikembangkan bagi memacu kecemerlangan pada masa akan datang.

 
D
engan kesedaran ini, pihak Tadika Khalifah Bestari telah menyediakan pakej pendidikan prasekolah yang berteraskan islam untuk mendidik anak-anak secara holistik dan bersepadu. Keperluan akademik diseimbangkan dan disepadukan dengan keperluan perkembangan rohani, emosi, sosial dan fizikal. Harapan kami semoga anak-anak dapat menguasai  kemahiran-kemahiran asas : mengaji, menghafaz Al-Quran, membaca (BM, BI dan Jawi) dan mengira di samping tertanam bibit-bibit aqidah yang sejahtera, ibadah yang sah, pekerti dan adab yang luhur, minda yang kreatif, sosio-emosi yang stabil, nilai-nilai estetika yang islamik serta fizikal yang kuat.

K
ami juga sedar bahawa peranan ibu bapa di rumah amat penting dalam menjayakan program pendidikan ini antaranya : penyediaan persekitaran sosio-emosi yang sejahtera, pemakanan yang seimbang dan pengukuhan kepada nilai, ilmu dan kemahiran yang diterapkan di tadika ini. Oleh itu, pihak tadika menggalakkan hubungan ibu-guru yang mesra di samping teguran-teguran yang membina dalam permuafakatan kita mendidik anak-anak.

 
S
emoga usaha yang kerdil ini diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT dan berjaya menghasilkan bakal-bakal khalifah yang soleh dan musleh.