Tuesday 15 January 2013

AMANAH MENDIDIK ANAK-ANAK


Didiklah anak-anak  kita untuk menjadi:

1.Dai`e/ Dai’eyah (داعية)

Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.

2. A`lim/A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.

3.A`bid/ A’bidah (عابدة)

Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.

4.Khodim/ Khodimah (خادمة)

Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.

5. Murobbi/Murobbiyah (مربية)

Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw

Sunday 13 January 2013

MELAHIRKAN INSAN SOLEH WA MUSLEH



Muslim yang sedar dan komited kepada agamanya, ialah mengetahui tentang tanggungjawabnya yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka selari dengan perintah Allah seperti maksud dalam surah At Tahrim ayat 6.

Adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa, memastikan keluarga mereka tidak termasuk dalam golongan mereka yang masuk ke dalam api neraka dengan menjaga, mengasuh dan membimbing keluarga mereka mengikut garis panduan ISLAM. Garis pandu kehidupan supaya taat setia kepada Allah dan Rasulnya dengan menunaikan setiap perintah dan larangan Allah SWT. Pengertian Hadis sohih riwayat Muslim daripada Sa`id bin al-Musaiyab daripada Abu Hurairah bermaksud “semua anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapa merekalah yang meyahudikannya, menasranikannya atau memajusikannya.

Kami warga pendidik Tadika Khalifah Bestari mengajak semua ibu bapa agar bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan anak-anak kita menjadi anak yang berkualiti dan menepati sahsiyah sebagai Muslim dan Muslimah sejati. 

Pengisian kurikulum dan ko kurikulum secara tersurat dan tersirat di Tadika Khalifah Bestari adalah bertunjang ke arah pembentukan sahsiyah soleh dan solehah di samping musleh, iaitu mampu menjadi contoh dan ikutan orang lain di lingkungan persekitaran mereka  sebagai anak yang berakhlak mulia, terpuji dan bestari.

Pengerusi 
Lembaga Pengelola
S(S+A)/13

Monday 7 January 2013

ELEMEN KEPERCAYAAN/SISTEM NILAI




Kebolehan berkomunikasi yang efektif antara ibu 

bapa/guru-guru dengan  anak-anak/anak didik,

 akan banyak membantu proses pendidikan 

berlangsung dengan sebaiknya.   

    Contoh -contoh perbualan yang boleh dikaitkan  dengan eleman-elemen kepercayaan, pandangan hidup atau sistem nilai seperti berikut:-


1.     “jom kita berdoa, Allah pasti membantu” (kepercayaan)


2.     “kita kena berusaha sebaik mungkin, kemudian baru bertawakkal (kepercayaan)


3.     “kami ibu bapa kamu, tetapi Allah Tuhan kami dan

 kami. Kita semua hamba Allah” (kepercayaan)


4.     “apa tujuan kita ke sekolah?” (pandangan hidup)


5.     “Kenapa dalam peperiksaan kita mesti yakin 

dengan usaha sendiri dan tidak meniru?” (pandangan 

hidup)


6.     “Mengapa kita sambut Aidiladha dan Aidilfitri, kita 

tidak sambut Krismas?” (pandangan hidup)


7.     “Duit kita, elok kita gunakan sebaik mungkin, 

 kita asingkan sedikit untuk sumbangan/sedekah ” 

(sistem nilai)


8.     “Jom kita solat dahulu. Cuci pinggan yang

 emak/cikgu minta tolong tu kita buat kemudian” 

(sistem nilai)


9.     “Kalau kawan suka, Allah tak suka, kita pun tidak

 bahagia. Utamakan Allah suka. Emak/cikgu pun suka” 

(sistem nilai)