Monday 24 September 2012

Majlis IHTIFAL TKB ..4 Nov 2012 di Bangi Golf Resort


   
TADIKA KHALIFAH BESTARI
No 12 Desa Al-Amin, Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Tel:  03-89253484/0192594368, e mail: tadikakhalifahbestari@gmail.com

Rujukan Kami:TKB/Ihtifal2012(2)
Tarikh : 25/9/2012

Yang Berbahagia

Dato’/Datin/Tuan/Puan 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 MAJLIS IHTIFAL TADIKA KHALIFAH BESTARI DAN PENERBITAN  `BESTARI EDISI 1`
 
Semoga Dato’/Datin/Tuan/Puan berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya. Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Majlis Ihtifal TKB 2012 kali ini julungkali diadakan seiring dengan jamuan malam keluarga dan pelancaran Buku Memori BESTARI EDISI PERTAMA. Objektif Majlis ini selain meraikan graduan kecil TKB yang akan menghabiskan tempoh pendidikan mereka di tadika ini, juga merupakan Majlis silaturrahim antara ahli keluarga dan penerbitan Buku Memori yang boleh dijadikan anekdot pendidikan para sekolah gradúan kecil halifah Bestari insya Allah.
 
3.       Sehubung dengan itu, kami pengurusan di TKB memohon kerjasama para budiman untuk menyokong usaha kami dengan sumbangan  dalam pelbagai bentuk seperti berikut:

a.       Sumbangan tambahan jamuan makan malam sekurang-kurangnya  sebanyak RM 25.00/pax 
jika kehadiran melebihi 3 orang ( kos sebenar RM 28.00/pax)

b.       Sumbangan dalam bentuk goody beg untuk anak-anak dan tetamu yang hadir

c.       Sumbangan karya pendek dalam Buku Bestari

d.       Sumbangan mencetak “BESTARI” dengan sumbangan Iklan kerjaya, perniagaan  dan perkhidmatan dengan harga seperti berikut:

i.          Iklan Satu Muka Surat kertas keras dan berwarna RM 500.00

ii.          Iklan Satu Muka Surat tanpa  warna RM 200.00

iii.         Iklan Setengah  Muka Surat tanpa  warna RM 100.00

iv.         Iklan Suku   Muka Surat tanpa  warna/tanda nama  RM 50.00

4.        Sebarang sumbangan yang ingin dihulurkan bolehlah dilaksanakan dengan melengkapkan borang yang dilampirkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 hb Oktober 2012. Segala sumbangan dan sokongan yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kami sentiasa mendoakan agar Dato’/Datin/Tuan/Puan serta keluarga dan kakitangan dikurniakan kemudahan, keberkatan rezeki dan rahmat dari Allah SWT.

Sekian

 
Yang benar     
Urusetia Hari Ihtifal
 
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui alamat di atas.                                                                              

Imbas kembali ..Penubuhan Tadika Khalifah Bestari.


Ibu-ibu muda  yang kelulusan mereka bukan  dalam aliran agama ini, berusaha untuk menyediakan pendidikan anak-anak mereka dengan pendidikan Islam pra sekolah. Tadika Maria yang terdapat di Kajang, merupakan tadikan pilihan kebanyakan ibu bapa yang tinggal di persekitarannya dan di BBBangi ketika itu. Tadika-tadika kecil yang lain juga beroperasi lebih kepada menjana keuntungan dan pengurusannya pula, dikendalikan oleh kebanyakannya non muslim. Pada tahun 1986, dengan hanya beberapa orang anak didik, Tadika Al-Falah ditubuhkan. Nama Al-Falah dipilih sempena nama surau yang ditumpangi untuk memulakan penubuhan Tadika tersebut. Ia Terletak di Jalan 6 atau Seksyen Enam  BBBangi, diuruskan oleh beberapa orang ibu muda secara sukarela. Beberapa orang guru dan Guru besarnya menyumbang tenaga tanpa bayaran. Semoga Allah mengganjari pengorbanan mereka dengan pahala berlipat ganda.

Selama kira-kira empat tahun, Tadika Al-Falah menumpang di bangunan surau tersebut, sehinggalah pada tahun 1989, sebuah rumah teres paling sisi dapat disewa di Jalan 6/3 Seksyen 6 BBBangi. Pendaftaran semula dengan JAIS dibuat dengan nama baru, iaitu Tadika Furqan. Untuk memenuhi syarat pendaftaran, Tadika ini diuruskan oleh syarikat Flora Selayang Sdn Bhd dengan lembaga pengelolanya membantu pengurusan Tadika Furqan ini secara sukarela juga. Permintaan untuk belajar di Tadika ini begitu memberangsangkan dari setahun ke setahun.  Perpindahan  `orang kuat` atau tulang belakang, peneraju Tadika ini ke Desa Al-Amin, Sungai Tangkas, cawangan baru tadika ini ditubuhkan dengan nama baru Tadika As Syam pada tahun 2003. Beroperasi di sebuah rumah banglow yang disewa dengan murid pada awalnya hanya seramai 8 orang. Lembaga Pengelola di bawah Flora Selayang Sdn Bhd, kemudian ditukar pengelolaannya di bawah Khalifah Bestari Sdn Bhd, mengelolakan kedua-dua Tadika Furqan di BBBangi dan Tadika As Syam di Sungai Tangkas Kajang. Pada tahun 2009 Tadika Khalifah Bestari dijenamakan dengan memansuhkan kedua nama sebelumnya, demi kemudahan pengurusan dan pentadbiran. Tadika di BBBangi juga telah ditutup, dan beroperasi kini hanya di Desa Al-Amin, Sungai Tangkas  Kajang. Semoga TKB terus maju, menerajui pengisian pendidikan Islam yang unggul di setempat, negara dan global InsyaAllah.

Together We Nurture  Muslim Personality

Friday 21 September 2012

Halatuju Pendidikan Khalifah Bestari


PENDAHULUAN

Setiap anak dilahirkan berbekalkan  potensi  membesar dengan sempurna dari segi fizikal , kesihatan , kecerdasan akal , akhlak dan imannya . Proses ini berkembang secara bertahap - tahap . Ia mudah disempurnakan perkembangannya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar dan sempurna selaras dengan mutu Fitrahnya. Anak-anak dilahirkan cemerlang dan mempunyai potensi serta kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh.Pendidikan informal persekitaran terutama oleh ibu bapa mewarnai pembawaan pembesaran anak-anak ini. seperti sabda Nabi SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Allah ta^ala berfirman:

 

Imam Abu`l-Hasan ^Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam kitabnya al-Wajiz fi Tafsiri`l-Qur'ani`l-^Aziz mentafsirkan: "Wahai orang-orang yang beriman! Berilah peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli keluargamu dari perkara dosa".
Oleh itu Tadika Khalifah Bestari  menyediakan pola pendidikan pra sekolah selama dua tahun bermula dari umur lima tahun hingga enam tahun supaya cinta kepada Allah , kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami insyaAllah  merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang anak didik itu bestari tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia . Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia . Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang yang akan membentuk sistem kehidupan mereka untuk jaminan kebahgian duniawi dan ukhrawi. 
VISI
Menjadi Tadika Islam contoh di Malaysia menjelang 2020

MISI
 

Melahirkan murid Tadika yang cemerlang asas dinniyah dan akademik serta berperibadi soleh dan musleh.

MOTO

“Bersama membentuk peribadi muslim”

PIAGAM PELANGGGAN


Kami warga Tadika Khalifah Bestari akan berusaha menyumbang dan memberi perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan kepada kejayaan tadika seiring visi, misi dan cogankatanya.

RUMUSAN

Fokus Pendidikan di Tadika Khalifah Bestari berpegang kepada kata-kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata” dan seiring dengan kata-kata para sahabat :- Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka bukan hidup di zaman kamu.. Mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya  kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan. Diharapkan kesinambungan gaya cara pendidikan di Tadika ini, diteruskan oleh penjaga mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada.

Tuesday 18 September 2012

Pengisian Pendidikan HOLISTIK di Tadika Khalifah Bestari


PRINSIP UTAMA pengisian pendidikan selari dengan Kurikulum Standard Pra
 
sekolah (KSPK)dengan menambah prinsip `berteraskan ketaqwaan kepada Allah SWT
 
ia-itu:-
  • Pendekatan dan kandungan yang sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak
  • Mengambilkira perbezaan individu
  • Berteraskan ketakwaan kepada Allah SWT
KEMAHIRAN ASAS 4M yang merangkumi perkara berikut:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
KEMAHIRAN TERAS : Fokus kepada
  • Pengurusan qalbu (berani, efikasi kendiri, harga diri, self conscience, keyakinana diri, Izzah)
  • Interpersonal (prihatin, toleransi)
  • Komunikasi (kesopanan dan kesantunan)
  • Kepimpinan (inisiatif, asertif, kerja berkumpulan)
Penekanan pengisian Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Akhlaq serta menekankan Eleman Rabbaniah dalam semua Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum:

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
 
Elemen Rabbani Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum

Menekankan pembangunan potensi murid berteraskan penghayatan Al Quran dan Al Sunnah uantuk melahirkan anak didik yang SOLEH WA MUSLEH DAN RABBANI. Membudayakan sumber Al Quran dan Al-Hadits sebagai rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, secara langsung dan tidak langs
 
Penekanan Pedagogi (Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai)sudah tentulah dengan pendekatan berikut:-
  • Integrated
  • Holistik
  • Kontekstual
  • Berasaskan Pengalaman (Experiential)
  • Penghayatan

Mandat Pendidikan melahirkan Insan Rabbani



PENGISIAN PENDIDIKAN TADIKA KHALIFAH BESTARI:

KURIKULUM DIGUBAL DAN DISESUAIKAN DENGAN STANDARK KURIKULUM PRASEKOLAH (KPSK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA: Fokus ditekankan kepada  TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT KSPK

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut: 

i.          Membina kecergasan badan.
ii.         Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii.        Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv.        Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v.         Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
vi.        Mempunyai kematangan emosi.
vii.       Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii.      Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix.        Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x.         Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara  
            berkumpulan.
xi.        Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya
            membentuk perhubungan yang positif dengan orang
            dewasa serta rakan sebaya.
xii.       Mengamalkan nilai murni.
xiii.      Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
            untuk murid beragama Islam.
xiv.      Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa
            Inggeris dan bahasa Arab dalam konteks kehidupan harian.
xv.       Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses
            sains asas.
xvi.      Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
            menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
xvii.     Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif
            dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii.    Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix.      Menghargai keindahan alam dan warisan budaya