Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), al-Nisa’: 58
Sabda
Rasullullah s.a.w. :
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad
Berdasarkan
ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan.
Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat,
puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman
mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan
kekurangan imannya.
Amanah
ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang
amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang
pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan
sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna
terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain
Allah.Pekerjaan tidak bercanggah dengan syara’adalah satu amanah besar yang
mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah
baik sekiranya. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang
berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.
Setiap
pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu.
Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi
seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan
keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff.
Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang pembantu juga
boleh menjadi pembantu yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh
menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.
Asas cemerlang
dan profesional, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang
diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna
dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.
MARILAH BERSAMA KITA MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DIBERI MANDAT OLEH LEMBAGA PENGARAH KHALIFAH BESTARI SDN BHD.
PENGERUSI
LEMBAGA PENGELOLA
No comments:
Post a Comment