Ibu-ibu
muda yang kelulusan mereka bukan dalam aliran agama ini, berusaha untuk
menyediakan pendidikan anak-anak mereka dengan pendidikan Islam pra sekolah. Tadika
Maria yang terdapat di Kajang, merupakan tadikan pilihan kebanyakan ibu bapa
yang tinggal di persekitarannya dan di BBBangi ketika itu. Tadika-tadika kecil
yang lain juga beroperasi lebih kepada menjana keuntungan dan pengurusannya
pula, dikendalikan oleh kebanyakannya non muslim. Pada tahun 1986, dengan hanya
beberapa orang anak didik, Tadika Al-Falah ditubuhkan. Nama Al-Falah dipilih sempena
nama surau yang ditumpangi untuk memulakan penubuhan Tadika tersebut. Ia
Terletak di Jalan 6 atau Seksyen Enam BBBangi, diuruskan oleh beberapa orang ibu
muda secara sukarela. Beberapa orang guru dan Guru besarnya menyumbang tenaga
tanpa bayaran. Semoga Allah mengganjari pengorbanan mereka dengan pahala
berlipat ganda.
Selama
kira-kira empat tahun, Tadika Al-Falah menumpang di bangunan surau tersebut,
sehinggalah pada tahun 1989, sebuah rumah teres paling sisi dapat disewa di
Jalan 6/3 Seksyen 6 BBBangi. Pendaftaran semula dengan JAIS dibuat dengan nama
baru, iaitu Tadika Furqan. Untuk memenuhi syarat pendaftaran, Tadika ini
diuruskan oleh syarikat Flora Selayang Sdn Bhd dengan lembaga pengelolanya
membantu pengurusan Tadika Furqan ini secara sukarela juga. Permintaan untuk
belajar di Tadika ini begitu memberangsangkan dari setahun ke setahun. Perpindahan `orang kuat` atau tulang belakang, peneraju
Tadika ini ke Desa Al-Amin, Sungai Tangkas, cawangan baru tadika ini ditubuhkan
dengan nama baru Tadika As Syam pada tahun 2003. Beroperasi di sebuah rumah banglow
yang disewa dengan murid pada awalnya hanya seramai 8 orang. Lembaga Pengelola
di bawah Flora Selayang Sdn Bhd, kemudian ditukar pengelolaannya di bawah
Khalifah Bestari Sdn Bhd, mengelolakan kedua-dua Tadika Furqan di BBBangi dan
Tadika As Syam di Sungai Tangkas Kajang. Pada tahun 2009 Tadika Khalifah
Bestari dijenamakan dengan memansuhkan kedua nama sebelumnya, demi kemudahan
pengurusan dan pentadbiran. Tadika di BBBangi juga telah ditutup, dan
beroperasi kini hanya di Desa Al-Amin, Sungai Tangkas Kajang. Semoga TKB terus maju, menerajui
pengisian pendidikan Islam yang unggul di setempat, negara dan global
InsyaAllah.
Together We Nurture Muslim Personality
No comments:
Post a Comment