TADIKA KHALIFAH BESTARI
No
12 Desa Al-Amin, Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03-89253484/0192594368,
e mail: tadikakhalifahbestari@gmail.com
Rujukan Kami:TKB/Ihtifal2012(2)
Tarikh : 25/9/2012
Yang Berbahagia
Dato’/Datin/Tuan/Puan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
2. Majlis Ihtifal TKB 2012 kali ini julungkali diadakan seiring dengan jamuan malam keluarga dan pelancaran Buku Memori BESTARI EDISI PERTAMA. Objektif Majlis ini selain meraikan graduan kecil TKB yang akan menghabiskan tempoh pendidikan mereka di tadika ini, juga merupakan Majlis silaturrahim antara ahli keluarga dan penerbitan Buku Memori yang boleh dijadikan anekdot pendidikan para sekolah gradúan kecil halifah Bestari insya Allah.
3. Sehubung dengan itu, kami pengurusan di TKB memohon kerjasama para budiman untuk menyokong usaha kami dengan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti berikut:
a.
Sumbangan tambahan jamuan makan malam
sekurang-kurangnya sebanyak RM
25.00/pax
jika kehadiran melebihi 3 orang ( kos sebenar RM
28.00/pax)
b.
Sumbangan dalam bentuk goody beg untuk anak-anak dan
tetamu yang hadir
c.
Sumbangan karya pendek dalam Buku Bestari
d.
Sumbangan mencetak “BESTARI” dengan sumbangan Iklan
kerjaya, perniagaan dan perkhidmatan dengan harga seperti berikut:
i. Iklan
Satu Muka Surat kertas keras dan berwarna RM 500.00
ii. Iklan
Satu Muka Surat tanpa warna RM 200.00
iii.
Iklan Setengah Muka Surat
tanpa warna RM 100.00
iv. Iklan
Suku Muka Surat tanpa warna/tanda nama RM 50.00
4. Sebarang
sumbangan yang ingin dihulurkan bolehlah dilaksanakan dengan melengkapkan
borang yang dilampirkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 hb Oktober 2012.
Segala sumbangan dan sokongan yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima
kasih. Kami sentiasa mendoakan agar Dato’/Datin/Tuan/Puan serta keluarga dan
kakitangan dikurniakan kemudahan, keberkatan rezeki dan rahmat dari Allah SWT.
Sekian
Yang benar
Urusetia Hari Ihtifal
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui alamat di atas.