Muslim yang
sedar dan komited kepada agamanya, ialah mengetahui tentang tanggungjawabnya
yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka selari dengan perintah Allah
seperti maksud dalam surah At Tahrim ayat 6.
Adalah
menjadi tanggung jawab ibu bapa, memastikan keluarga mereka tidak termasuk
dalam golongan mereka yang masuk ke dalam api neraka dengan menjaga, mengasuh
dan membimbing keluarga mereka mengikut garis panduan ISLAM. Garis pandu
kehidupan supaya taat setia kepada Allah dan Rasulnya dengan menunaikan setiap
perintah dan larangan Allah SWT. Pengertian Hadis sohih riwayat Muslim daripada
Sa`id bin al-Musaiyab daripada Abu Hurairah bermaksud “semua anak-anak itu
dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapa merekalah yang
meyahudikannya, menasranikannya atau memajusikannya.
Kami warga
pendidik Tadika Khalifah Bestari mengajak semua ibu bapa agar bersama-sama
berganding bahu untuk membangunkan anak-anak kita menjadi anak yang berkualiti
dan menepati sahsiyah sebagai Muslim dan Muslimah sejati.
Pengisian kurikulum dan
ko kurikulum secara tersurat dan tersirat di Tadika Khalifah Bestari adalah
bertunjang ke arah pembentukan sahsiyah soleh dan solehah di samping musleh, iaitu
mampu menjadi contoh dan ikutan orang lain di lingkungan persekitaran mereka sebagai anak yang berakhlak mulia, terpuji dan
bestari.
Pengerusi
Lembaga Pengelola
S(S+A)/13
No comments:
Post a Comment