Tahun 2013 menjelang tiba, sudah pasti ibu bapa telah merancang tempat persekolahan anak masing- masing.
Pemilihan Tadika tempat belajar anak-anak berumur 5 -6 tahun hendaklah dibuat dengan tepat. Pastikan pengisian pendidikan di tadika tersebut dengan pendekatan holistik
yang berteraskan dinniyah yang membimbing anak-anak menuju destinasi abadi - Syurga Jannatul Firdaus.
Di merata tempat banner-banner tadika yang berlabel Islam direntang untuk menarik ibu bapa sekalian menghantar anak-anak ke tadika tersebut.
Diharap ibu bapa meneliti dan mengkaji terlebih dahulu agenda pengisian kurikulum, kokurikulum dan pengisian dinniyah dan akhlak yang dijalankan di tadika tersebut.
Paparan dalam blog, facebook, U Tube dan apa sahaja medium berkenaan tadika tersbut dapat memberi gambaran tentang pengisian pendidikan di tadika tersebut. Aktiviti-
aktiviti sukan tahunan, hari graduasi atau penyampaian hadiah dan lain-lain mestilah tidak lari dari syariat
Islam...tidak terikut-ikut dengan tadika -tadika yang bukan berteraskan islamik yang agak keterlaluan dengan lagu-lagu
hot yang melalaikan, percampuran lelaki dan perempuan, tidak menutup aurat dsb......
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak
ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka
berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat
serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani"
yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai
dengan kejadian manusia itu sendiri tersebut yang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya
melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia
lahir dan menjadi dewasa.
Friday, 23 November 2012
Monday, 19 November 2012
PELAWAAN KURSUS KEIBUBAPAAN..JOM BERSAMA
Assalamu'alaikumwarahmatullah
Dah daftar untuk program bersama Pak Utih? Jom kita daftar cepat untuk MENIMBA ILMU..
Perincian program adalah seperti berikut:
tarikh : 9 disember 2012 (Ahad)
masa : 8.30 pagi - 1 tghari
tempat : Kompleks Tun Abdullah
Salleh,Dewan 101,UKM
bayaran : RM20 seorang
pendaftaran : pejabat kewangan Sekolah
Al Amin atau
Al Amin atau
hubungi Pn Noorazian
0193337331
anjuran : PIBG Sekolah Al-Amin dengan
kerjasama
Pusat Pengajian Umum UKM
Disertakan ringkasan kandungan seminar
Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan
Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan membantu kita untuk menjadikan sekolah tempat yang selesa untuk seisi keluarga. Ia adalah bengkel yang amat positif dan meyakinkan kita untuk memulakan tahun baru persekolahan dengan penuh kegembiraan.Sekolah menyediakan bahan-bahan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ibu bapa dan merancang sambutan yang memenuhi keperluan masyarakat, termasuk pelbagai aktiviti untuk mengatasi kepelbagaian, character education, literasi, keselamatan dan lain-lain.
Sokongan masyarakat perniagaan dan majikan membolehkan sekolah tahu yang mereka tidak bersendirian. Ini boleh dicapai dengan sedikit kos atau tanpa kos langsung. Skop dan perancangan sesuatu penglibatan hanyalah dihadkan oleh imaginasi perancang.Masyarakat boleh menyokong Sambutan Hari Pertama Persekolahan dengan pelbagai cara. Majikan boleh memberikan ibu bapa cuti untuk menghadiri sambutan ini sama ada cuti bergaji, tanpa gaji atau pelepasan waktu bekerja.Testimoni dari sekolah, ahli-ahli masyarakat dan ibu bapa adalah amat positif, dan sekolah melaporkan bahawa Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan telah berjaya meningkatkan penglibatan ibu bapa. Mereka juga melaporkan perkembangan yang amat positif dalam hubungan diantara sekolah dan ibu bapa dengan peningkatan penglibatan ibu bapa di sekolah.
Di samping itu, banyak sekolah melaporkan pengurangan ketara dalam masalah ketidakhadiran dan disiplin di mana melalui Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan pelajar telah mendapat satu mesej yang jelas bahawa pendidikan adalah amat penting untuk mereka.Topik yang akan dibincangkan dalam bengkel tersebut:
1. Kenapa Sambutan Hari Pertama?
2. Sejarah Ringkas Kempen Hari Pertama
3. Perancangan: Kunci Kejayaan
4. Bagaimana Besarkah Sambutan tersebut?
5. Perancangan Hari Pertama - Pasukan dan Organisasi
6. Perancangan Hari Pertama - ‘The Day Itself’
7. Hari Pertama dan Anak
8. Mendapatkan Penglibatan Majikan
9. Peluang Perhubungan Media
10. Menulis Kisah-kisah Kejayaan
11. Peluang Perhubungan Masyarakat
12. Hak Selepas Hari Pertama
13. Hari-hari Sepanjang Tahun
8. Mendapatkan Penglibatan Majikan
9. Peluang Perhubungan Media
10. Menulis Kisah-kisah Kejayaan
11. Peluang Perhubungan Masyarakat
12. Hak Selepas Hari Pertama
13. Hari-hari Sepanjang Tahun
Masa: 0900 - 1300.
Fasilitator: Ahmad Shafiai Uda Jaafar( Pak Utih)
Dean Faculty of Education and Human Development
Sunday, 18 November 2012
IHTIFAL TADIKA KHALIFAH BESTARI 2012
Sekapur
Sirih ...Ihtifal Tadika Khalifah Bestari 2012
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah,
syukur kepada Allah SWT yang Amat Pemurah dan Penyayang, memberikan
keupayaan, kesempatan dan peluang kepada pengurusan Tadika Khalifah
Bestari (TKB) untuk meneruskan kesinambungan mengadakan Majlis
Graduasi yang ke 24 untuk meraikan graduan kecil TKB di Bangi Golf
Resort pada tahun ini. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan
berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
Anak-anak tidak dilahirkan terus berjaya, bahagia, pandai, menang
serta mengalami semua perkara yang baik-baik. Anak-anak juga tidak
dilahirkan terus gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah dan mengalami
perkara-perkara yang malang.
Namun anak-anak mempunyai potensi untuk
kedua-duanya, Peranan ibu bapa di rumah amat penting dalam menjayakan
pendidikan anak-anak, dengan menyediakan persekitaran sosio-emosi
yang sejahtera, pemakanan yang seimbang dan pengukuhan kepada
nilai-nilai, kerohanian, ilmu dan kemahiran yang mereka sedia ada.
Dengan pendekatan pengisian pendidikan Islam secara menyeluruh di
TKB ini, diharap dapat membantu ibu bapa merangsang, mengembang dan
membuggar potensi kecemerlangan seimbang anak-anak yang positif ini
secara bersepadu pada masa hadapan, in syaa Allah.
Pengalaman
belajar, bersosialisasi, berinteraksi dan berkomunikasi di TKB dan
usaha semua guru membantu mencungkil, menggarap dan menyuburkan
potensi jasmani, emosi rohani dan aqli mereka, diharap dapat
menyediakan anak didik ini sebagai hamba dan Khalifah Allah yang
soleh wa musleh di muka bumi ini.
Tahniah!
anak-anak didik TKB, yang dapat menamatkan pembelajaran mereka di
tadika ini. Terima kasih kepada semua guru-guru dan staf yang
membimbing, memotivasi, menitipkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada mereka.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa dan
mereka yang perihatin yang menyumbang, mendorong dan bekerjasama
dengan para guru dan staf yang berusaha dan bertungkus lumus
menyediakan anak-anak untuk menjayakan majlis pada hari ini.
Semoga
Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran atas semua usaha dan
sumbangan yang diberikan, InsyaAllah. Pengalaman bergraduasi , di
samping titipan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada hari
ini, semoga dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus cemerlang
dan berketrampilan pada masa-masa akan datang.
Segala
kebaikan itu, adalah dari Allah dan segala kekurangan dan kelemahan
itu dari kami, kemaafan kami dambakan. Akhirnya, pada hari ini, kami
menyerahkan kembali anak-anak didik TKB kepada ibu bapa masing-masing
untuk meneruskan kesinambungan mencari ilmu sepanjang hayat.
`BERSAMA
MENGGILAP POTENSI ANAK-ANAK KHALIFAH BESTARI`
وبالله
توفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Pengerusi
Lembaga Pengelola TKB 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)