enubuhan Tadika
Khalifah Bestari merupakan salah satu usaha untuk membantu ibu bapa, khususnya
yang beragama islam dan bekerja, untuk memenuhi sebahagian tanggung jawab untuk
mendidik anak-anak di peringkat umur prasekolah secara berterusan dan
sistematik.
hli-ahli psikologi
pendidikan menegaskan bahawa perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
kanak-kanak di peringkat umur prasekolah ini adalah penting. Oleh itu, potensi
mereka dalam aspek-aspek tersebut perlu dirangsang dan dikembangkan bagi memacu
kecemerlangan pada masa akan datang.
engan kesedaran ini,
pihak Tadika Khalifah Bestari telah menyediakan pakej pendidikan prasekolah
yang berteraskan islam untuk mendidik anak-anak secara holistik dan bersepadu.
Keperluan akademik diseimbangkan dan disepadukan dengan keperluan perkembangan
rohani, emosi, sosial dan fizikal. Harapan kami semoga anak-anak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran asas :
mengaji, menghafaz Al-Quran, membaca (BM, BI dan Jawi) dan mengira di samping
tertanam bibit-bibit aqidah yang sejahtera, ibadah yang sah, pekerti dan adab
yang luhur, minda yang kreatif, sosio-emosi yang stabil, nilai-nilai estetika
yang islamik serta fizikal yang kuat.
ami juga sedar bahawa
peranan ibu bapa di rumah amat penting dalam menjayakan program pendidikan ini
antaranya : penyediaan persekitaran sosio-emosi yang sejahtera, pemakanan yang
seimbang dan pengukuhan kepada nilai, ilmu dan kemahiran yang diterapkan di
tadika ini. Oleh itu, pihak tadika menggalakkan hubungan ibu-guru yang mesra di
samping teguran-teguran yang membina dalam permuafakatan kita mendidik
anak-anak.
emoga usaha yang
kerdil ini diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT dan berjaya menghasilkan
bakal-bakal khalifah yang soleh dan musleh.