Showing posts with label Khalifah Kecil yang bestari 10. Show all posts
Showing posts with label Khalifah Kecil yang bestari 10. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

TKB..anekdot 28 Disember ..Hari Orientasi Murid Baru 2013




Orientasi TKB melibatkan semua warga kerja tadika, ibu bapa dan anak-anak yang akan belajar di TKB tahun 2013. Antara objektif majlis orentasi ini ialah:

a) mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran yang baru  di tadika.
b) mengurangkan rasa malu dan takut di kalangan anak-anak yang berbeza latar belakang.
c) mengenali & membina hubungan mesra dengan guru dan rakan sebaya
d)membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika
e) membangkitkan minat belajar, minat membaca, berkarya, bersosialisasi dan berinteraksi



Program orientasi tadika ini sangat bermanfaat kepada ibubapa, pelajar dan juga pihak tadika itu sendiri.

Faedah kepada ibubapa : Ibu bapa akan rasa  gembira, berpeluang  dapat melihat sendiri secara  langsung,  persekitaran tadika tempat anak mereka akan belajar nanti. Mereka juga berkesempatan  berinteraksi dengan cikgu yang akan mengajar anak mereka nanti. Mengetahui rakan-rakan sekelas anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, ibu bapa dapat menjangkakan   perkembangan anak-anak meeka semasa di tadika.

Faedah kepada anak-anak juga  banyak, seperti yang tercatat dalam objektif di atas. Anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan kelas, rakan dan guru-guru lebih awal. Keyakinan lebih tinggi akan tertanam pada hari pertama persekolahan nanti, berbanding dengan mereka yang belum pernah meninjau tempat tersebut.

Faedah kepada pihak tadika pula, tentulah diharapkan perjalanan kelas akan lebih lancar kerana murid dan guru telah berkesempatan beramah-mesra sebelum sesi persekolahan bermula. Apabila perjalanan kelas lebih lancar dan guru boleh `memenangi` para pelajar baru, tentulah tahap keyakinan ibubapa terhadap pihak tadika akan meningkat. Pengurangan tahap kegusaran dan kerisauan ibubapa terhadap anak mereka adalah suatu tanda yang positif kepada pihak tadika. Mungkin ibubapa akan bercerita bagaimana profesionalnya tadika tersebut dalam pengurusan dan pentadbiran mereka, dan ini tentunya satu promosi yang baik, in sya Allah.

Friday, 23 November 2012

PILIHLAH TADIKA YANG MENDIDIK ANAK-ANAK KE SYURGA

Tahun 2013 menjelang tiba, sudah pasti ibu bapa telah merancang tempat persekolahan anak masing- masing. 

Pemilihan Tadika tempat belajar anak-anak berumur 5 -6 
tahun hendaklah dibuat dengan tepat. Pastikan pengisian pendidikan di tadika tersebut dengan pendekatan holistik 

yang berteraskan dinniyah yang membimbing anak-anak 
menuju destinasi abadi - Syurga Jannatul Firdaus.

Di merata tempat banner-banner tadika yang berlabel Islam 
direntang untuk menarik ibu bapa sekalian menghantar anak-anak ke tadika tersebut.





Diharap ibu bapa meneliti dan mengkaji terlebih dahulu 
agenda pengisian kurikulum, kokurikulum dan pengisian dinniyah dan akhlak yang dijalankan di tadika tersebut. 

Paparan dalam blog, facebook, U Tube dan apa sahaja 
medium berkenaan tadika tersbut dapat memberi gambaran tentang pengisian pendidikan di tadika tersebut. Aktiviti-

aktiviti sukan tahunan, hari graduasi atau penyampaian 
hadiah dan lain-lain mestilah tidak lari dari syariat 

Islam...tidak terikut-ikut dengan tadika -tadika yang bukan 
berteraskan islamik yang agak keterlaluan dengan lagu-lagu 

hot yang melalaikan, percampuran lelaki dan perempuan, 
tidak menutup aurat dsb......



Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah 
proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 




Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani 
dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri tersebut yang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya 
melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.