Friday 23 November 2012

PILIHLAH TADIKA YANG MENDIDIK ANAK-ANAK KE SYURGA

Tahun 2013 menjelang tiba, sudah pasti ibu bapa telah merancang tempat persekolahan anak masing- masing. 

Pemilihan Tadika tempat belajar anak-anak berumur 5 -6 
tahun hendaklah dibuat dengan tepat. Pastikan pengisian pendidikan di tadika tersebut dengan pendekatan holistik 

yang berteraskan dinniyah yang membimbing anak-anak 
menuju destinasi abadi - Syurga Jannatul Firdaus.

Di merata tempat banner-banner tadika yang berlabel Islam 
direntang untuk menarik ibu bapa sekalian menghantar anak-anak ke tadika tersebut.





Diharap ibu bapa meneliti dan mengkaji terlebih dahulu 
agenda pengisian kurikulum, kokurikulum dan pengisian dinniyah dan akhlak yang dijalankan di tadika tersebut. 

Paparan dalam blog, facebook, U Tube dan apa sahaja 
medium berkenaan tadika tersbut dapat memberi gambaran tentang pengisian pendidikan di tadika tersebut. Aktiviti-

aktiviti sukan tahunan, hari graduasi atau penyampaian 
hadiah dan lain-lain mestilah tidak lari dari syariat 

Islam...tidak terikut-ikut dengan tadika -tadika yang bukan 
berteraskan islamik yang agak keterlaluan dengan lagu-lagu 

hot yang melalaikan, percampuran lelaki dan perempuan, 
tidak menutup aurat dsb......



Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah 
proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 




Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani 
dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri tersebut yang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya 
melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Monday 19 November 2012

PELAWAAN KURSUS KEIBUBAPAAN..JOM BERSAMA




Assalamu'alaikumwarahmatullah

Dah daftar untuk program bersama Pak Utih? Jom kita daftar cepat untuk MENIMBA ILMU..

Perincian program adalah seperti berikut:

tarikh   : 9 disember 2012  (Ahad)
masa     : 8.30 pagi - 1 tghari
tempat   : Kompleks Tun Abdullah
                   Salleh,Dewan 101,UKM
bayaran  : RM20 seorang
pendaftaran : pejabat kewangan Sekolah
               Al Amin atau 
             hubungi Pn Noorazian 
               0193337331
anjuran  : PIBG Sekolah Al-Amin dengan
                   kerjasama 
          Pusat Pengajian Umum UKM

Disertakan ringkasan kandungan seminar

Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan

Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan membantu kita untuk menjadikan sekolah tempat yang selesa untuk seisi keluarga. Ia adalah bengkel yang amat positif dan meyakinkan kita untuk memulakan tahun baru persekolahan dengan penuh kegembiraan.
Sekolah menyediakan bahan-bahan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ibu bapa dan merancang sambutan yang memenuhi keperluan masyarakat, termasuk pelbagai aktiviti untuk mengatasi kepelbagaian, character education, literasi, keselamatan dan lain-lain.

Sokongan masyarakat perniagaan dan majikan membolehkan sekolah tahu yang mereka tidak bersendirian. Ini boleh dicapai dengan sedikit kos atau tanpa kos langsung. Skop dan perancangan sesuatu penglibatan hanyalah dihadkan oleh imaginasi perancang.Masyarakat boleh menyokong Sambutan Hari Pertama Persekolahan dengan pelbagai cara. Majikan boleh memberikan ibu bapa cuti untuk menghadiri sambutan ini sama ada cuti bergaji, tanpa gaji atau pelepasan waktu bekerja.Testimoni dari sekolah, ahli-ahli masyarakat dan ibu bapa adalah amat positif, dan sekolah melaporkan bahawa Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan telah berjaya meningkatkan penglibatan ibu bapa. Mereka juga melaporkan perkembangan yang amat positif dalam hubungan diantara sekolah dan ibu bapa dengan peningkatan penglibatan ibu bapa di sekolah.

Di samping itu, banyak sekolah melaporkan pengurangan ketara dalam masalah ketidakhadiran dan disiplin di mana melalui Bengkel Sambutan Hari Pertama Persekolahan pelajar telah mendapat satu mesej yang jelas bahawa pendidikan adalah amat penting untuk mereka.
Topik yang akan dibincangkan dalam bengkel tersebut:


1. Kenapa Sambutan Hari Pertama?

2. Sejarah Ringkas Kempen Hari Pertama
3. Perancangan: Kunci Kejayaan
4. Bagaimana Besarkah Sambutan tersebut?
5. Perancangan Hari Pertama - Pasukan dan Organisasi
6. Perancangan Hari Pertama - ‘The Day Itself’
7. Hari Pertama dan Anak
 8. Mendapatkan Penglibatan Majikan 
9. Peluang Perhubungan Media
10. Menulis Kisah-kisah Kejayaan 
11. Peluang Perhubungan Masyarakat
12. Hak Selepas Hari Pertama
13. Hari-hari Sepanjang Tahun

Masa: 0900 - 1300.

Fasilitator: Ahmad Shafiai Uda Jaafar( Pak Utih)
Dean Faculty of Education and Human Development
Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sunday 18 November 2012

IHTIFAL TADIKA KHALIFAH BESTARI 2012


Sekapur Sirih ...Ihtifal Tadika Khalifah Bestari 2012
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang Amat Pemurah dan Penyayang, memberikan keupayaan, kesempatan dan peluang kepada pengurusan Tadika Khalifah Bestari (TKB) untuk meneruskan kesinambungan mengadakan Majlis Graduasi yang ke 24 untuk meraikan graduan kecil TKB di Bangi Golf Resort pada tahun ini. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan berjalan dengan lancar, InsyaAllah. Anak-anak tidak dilahirkan terus berjaya, bahagia, pandai, menang serta mengalami semua perkara yang baik-baik. Anak-anak juga tidak dilahirkan terus gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah dan mengalami perkara-perkara yang malang.
 Namun anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya, Peranan ibu bapa di rumah amat penting dalam menjayakan pendidikan anak-anak, dengan menyediakan persekitaran sosio-emosi yang sejahtera, pemakanan yang seimbang dan pengukuhan kepada nilai-nilai, kerohanian, ilmu dan kemahiran yang mereka sedia ada. 
Dengan pendekatan pengisian pendidikan Islam secara menyeluruh di TKB ini, diharap dapat membantu ibu bapa merangsang, mengembang dan membuggar potensi kecemerlangan seimbang anak-anak yang positif ini secara bersepadu pada masa hadapan, in syaa Allah. 
Pengalaman belajar, bersosialisasi, berinteraksi dan berkomunikasi di TKB dan usaha semua guru membantu mencungkil, menggarap dan menyuburkan potensi jasmani, emosi rohani dan aqli mereka, diharap dapat menyediakan anak didik ini sebagai hamba dan Khalifah Allah yang soleh wa musleh di muka bumi ini.
Tahniah! anak-anak didik TKB, yang dapat menamatkan pembelajaran mereka di tadika ini. Terima kasih kepada semua guru-guru dan staf yang membimbing, memotivasi, menitipkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada mereka.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa dan mereka yang perihatin yang menyumbang, mendorong dan bekerjasama dengan para guru dan staf yang berusaha dan bertungkus lumus menyediakan anak-anak untuk menjayakan majlis pada hari ini.
 Semoga Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran atas semua usaha dan sumbangan yang diberikan, InsyaAllah. Pengalaman bergraduasi , di samping titipan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada hari ini, semoga dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus cemerlang dan berketrampilan pada masa-masa akan datang.
Segala kebaikan itu, adalah dari Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu dari kami, kemaafan kami dambakan. Akhirnya, pada hari ini, kami menyerahkan kembali anak-anak didik TKB kepada ibu bapa masing-masing untuk meneruskan kesinambungan mencari ilmu sepanjang hayat.
`BERSAMA MENGGILAP POTENSI ANAK-ANAK KHALIFAH BESTARI`
وبالله توفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengerusi Lembaga Pengelola TKB 2012.